Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh koperasi kepada kakitangan kerajaan dan berkanun termasuk GLC adalah lebih mudah dan pantas dibandingkan pakej pinjaman yang diberikan oleh bank-bank tempatan.
Kelebihan utama pinjaman koperasi berbanding pinjaman bank adalah seperti berikut :
1) Syarat kelayakan yang dikenakan oleh koperasi kepada pemohon adalah lebih ringan terutamanya dari segi pemeriksaan rekod bayaran semasa pemohon seperti Ccris dan CTOS. Maklumat berkenaan ctos boleh di dapati di sini. Pada masa ini ada beberapa koperasi yang menerima permohonan pinjaman jika jumlah baki hutang yang direkod dalam CTOS tidak melebihi RM30,000. Ada juga koperasi menerima permohonan dari pemohon yang mempunyai baki hutang di CTOS melebihi RM30,000 tetapi akan dikenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
2) Potongan bayaran balik melalui biro angkasa, bermakna peminjam tidak perlu bimbang untuk memastikan tarikh bayaran pinjaman mereka setiap bulan.Ini memastikan rekod bayaran pinjaman sentiasa dikemaskini tanpa kelewatan. Untuk perkhidmatan ini pihak biro angkasa akan mengenak caj antara 1.5% ; 2% dari jumlah bayaran bulanan pinjaman (contoh jika bayaran bulan adalah RM200, caj biro angkasa yang dikenakan adalah RMM200 x 1.5% = RM3. Bayaran ini akan dimasukkan dalam jumlah bayaran bulanan pinjaman).
3) Tempoh bayar balik pinjaman yang ditawarkan biasanya lebih panjang (maksima 10 tahun) berbanding pinjaman bank yang biasanya antara 5-7 tahun. Lebih panjang tempoh bayarbalik bermakna pengurangan bayaran bulanan pinjaman.
4) Koperasi menerima permohonan dari seluruh Malaysia tanpa peminjam perlu pergi ke premis koperasi untuk mengemukakan permohonan atau menandatangan penerima/perjanjian pinjaman. Permohonan melalui pos adalah diterima memudahkan pemohon yang bertugas di kawasan pedalaman.
5) Kadar faedah yang ditawarkan oleh koperasi setanding atau kadang-kadang lebih rendah dari yang dikenakan oleh bank-bank. Kadar faedah yang ditawarkan oleh beberapa koperasi sekarang adalah dalam julat.3.99% - 7.88% dan bergantung kepada jenis pakej dan kelayakan pemohon.
6) Sebagai mengikut permintaan semasa, hampir semua pakej pembiayaan peribadi koperasi mengaplikasi sistem berlandaskan syariah seperti yang digunapakai oleh beberapa bank tempatan.
Antara pakej-pakej pinjaman koperasi yang ditawarkan adalah seperti berikut :
1) Pakej Pinjaman Bai Al-Einah MMCM Resources
2) Pakej Pinjaman Al Bai Al-Inah Koperasi Ukhwah
3) Pakej Pinjaman Bai Al-Inah Koperasi kobeta
Blog ini menyediakan maklumat terkini dan promosi pakej-pakej pembiayaan peribadi koperasi-koperasi seluruh Malaysia khusus untuk kakitangan Kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan potongan melalui Biro Angkasa
Showing posts with label bayaran bulanan rendah. Show all posts
Showing posts with label bayaran bulanan rendah. Show all posts
Subscribe to:
Posts (Atom)