Sunday, April 12, 2015

Nama Anda Dalam Senarai CTOS?

Rekod CTOS pada asasnya adalah arkib elektronik yang dikumpul dan diperolehi dari gazet, suratkhabar, notis-notis mahkamah, dan carian dari badan statutori.
Maklumat CTOS tidak boleh mengesahkan status semasa/terkini kes-kes yang dilaporkan dan dimasukan ke dalam arkib maklumatnya. Oleh yang demikan maklumat CTOS hanya digunakan oleh institusi pemberi pinjaman sebagai "maklumat petunjuk" atau "lead information". Oleh yang demikian adalah penting bagi semua peminjam yang namanya atau maklumat pinjamannya telah tersenarai di dalam sistem CTOS, supaya memastikan maklumat tersebut tepat dan dikemaskini. Tanggungjawab ini adalah terletak kepada peminjam sendiri. Pusat perkhidmatan pelanggan CTOS boleh membantu individu berkenaan untuk tujuan kemaskini dan pembetulan. Walaubagaimanapun, invidu yang tertabit mesti mengemuka dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan mereka seperti, surat pelepasan (letter of discharge), penyelesaian penuh (full settlement), surat perintah dari mahkamah, atau surat dari plaintif mengatakan hutang telah diselesaikan.
Bank-bank di negara kita sangat mengambil serius berhubung rekod ctos anda semasa memproses sebarang permohonan pinjaman anda dan biasanya terus menolak permohonan anda sekiranya nama anda tersenarai di dalam rekod. Walau bagaimanapun bagi kakitangan kerajaan masih dapat menarik nafas lega, kerana dengan syarat-syarat tertentu mereka masih boleh memohon pinjaman melalui koperasi.
.
Dapatkan info CTOS di sini
...........................................................................................................................................................
Note :
Anda boleh mendapatkan pinjaman melalui koperasi-koperasi berikut :
1) Kobeta
3) Yayasan Ihsan Rakyat
4) Petronesa

No comments: