Promosi Pinjaman Peribadi Koperasi...murah, pantas, mudah, blacklist diterima!!!
Begitu la bunyi flyers yang selalu kita jumpa terselit di wiper cermin kereta. Tetapi memang begitulah hakikatnya apabila tiba musim perayaan. Menjelang musim perayaan pasti kita akan mencongak-congak berapa bajet yang hendak kita peruntukan untuk menyambut perayaan yang menjelang tiba, ie Hari Raya. Bukan semua dari kita bernasib baik atau mampu menyimpan, mengumpul wang dari awal tahun untuk tujuan perbelanjaan pada Hari Raya nanti.
Oleh sebab itu tidak hairanlah hampir semua koperasi pun mempergiatkan kempen promosi pakej pembiayaan peribadi mereka. Pelbagai tawaran dibuat untuk menarik pelanggan masing-masing. Namun berikut adalah beberapa tips dan nasihat bagi mereka berhasrat untuk memohon pinjaman peribadi :
1) Fikirkan keperluan sebenar tunai yang henadak digunakan dari pinjaman yang dibuat kerana peminjam perlu juga mengambilkira kemampuan untuk membayarbalik pinjaman tersebut.
2) Berurusanlah dengan wakil atau agen yang dipercayai untuk mengelak sindrom "touch and go" kerana dalam apa jua perniagaan atau urusniaga, perkhidmatan lepas jualan adalan juga penting. Sebaik-baiknya dapatkan perkhidmatan dari agen pinjaman peribadi sepenuh masa yang dapat memberikan khidmat nasihat kewangan
3) Ambil masa kaji dan bandingkan pakej-pakej pinjaman peribadi yang ditawarkan. Banyak ciri-ciri atau fitur yang perlu diambilkira. Pada masa ini tempoh pinjaman maksima adalah hanya 10 tahun. Selain itu pinjaman dari koperasi-koperasi ini juga ada yang berbeza dari segi caj-caj bulanan yang dikenakan. Perbezaan bayaran bulanan juga adalah disebabkan perbezaan dalam kadar faedah yang dikenakan. Pada masa ini julat kadar faedah yang ditawarkan adalah antara 3.99% hingga 7.88%. Perbezaan ini biasanya dikenakan terhadap pemohon yang nama meraka dalam laporan CTOS. (Boleh self check status di sini).
4) "Time is essence". Rancang awal-awal bila anda memerlukan sumber kewangan tersebut kerana pemprosesan pinjaman adakala menjadi lambat apabila banyak permohonan dikemukakan serentak dalam sesuatu tempoh; ie dua ke tiga minggu menjelang musim perayaan. Setiap tahun banyak kejadian di mana pemohon hanya menerima wang pinjaman yang mereka perlukan selepas musim perayaan.
5) Ambil masa secara serius semasa mengisi atau menyiapkan borang permohonan besertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan. Pastikan cukup bilangan salinan dan yang penting sekali setiap salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai yang layak: ie dari jabatan sumber manusia, bahagaian pentadbiran dan sebagainya. Jangan membuat salinan (photostat) dari salinan yang disahkan. Sebaliknya setiap salinan perlu disah/ditandatangan secara berasingan. Jika membuat pinjaman bertindih (overlapping) mohon dulu surat "full settlement" dari koperasi atau bank yang berkenaan kerana biasanya proses ini mengambil masa. (Tips : untuk kes-kes melibatkan hutang tertunggak, gunakan kebijaksanaan masing-masing untuk berunding mendapatkan rebat dari jumlah hutang semasa. Ini bertujuan untuk mendapatkan tunai bersih yang lebih tinggi setelah ditolak dari pinjaman).
6) Pada masa ini permohonan pinjaman peribadi boleh dibuat dari seluruh Malaysia walaupun proses permohonan dibuat di ibupejabat koperasi di Kuala Lumpur. Pengiriman borang/permohonan yang dibuat melalui pos adalah diterima. Koperasi-koperasi di Malaysia diuruselia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Berikut adalah beberapa pakej pinjaman peribadi koperasi yang ditawarkan :
1) Pakej Pinjaman Bai Al-Einah MMCM Resources
2) Pakej Pinjaman Al Bai Al-Inah Koperasi Ukhwah
3) Pakej Pinjaman Bai Al-Inah Koperasi kobeta
Untuk keterangan lanjut boleh bertanya di ruangan komen di bawah atau sms/whatsapp ke nombor berikut :
012-712 3442 (aziz)
Blog ini menyediakan maklumat terkini dan promosi pakej-pakej pembiayaan peribadi koperasi-koperasi seluruh Malaysia khusus untuk kakitangan Kerajaan dan lain-lain agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan potongan melalui Biro Angkasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment